Ramai
yg masih lg tak faham dgn penurunan yg di maksudkan apabila kite
berdiet.. Sbnrnya berat seseorg tidak blh di ukur hanya dgn jumlah kilo
shj kerana berat dlm kilo seseorang terdiri drp berat tulang, berat air,
berat lemak dan berat daging.. Ini adalah berbeza utk setiap
individu..sbb tu ahli bina bdn mempunyai jumlah berat dlm kilo yg sgt
tgi wpun bdnnya kecil kerana jisim ototnya sgt tinggi..
Jd adalah sgt penting bg seseorang yg serious ingin menurunkan brt bdn
mengambil ukur lilit bdn mereka sblm melakukan sebarang diet..bkn hanya
berpandukan nombor yg tertera di mesin penimbang anda..
1. Berat Air
Tahukan
anda bahawa badan anda mengandungi kira-kira 60 peratus air dan
selebihnya adalah otot dan beberapa tisu yang lain. Bagi seorang lelaki
yang beratnya 100kg bermakna dia telah membawa sebanyak 60kg cecair
dalam badannya yang majoritinya adalah darah anda.Badan anda bekerja
keras untuk mengekalkan keseimbangan pengagihan air dan mengambil kira
tentang pengambilan dan perkumuhan yang kita lakukan. Sistem ini berbeza
bergantung kepada pelbagai faktor, seperti fasa haid, kadar pengambilan
cecair dan senaman.
Sesetengah orang lebih sensitif kepada
turun naik berat air daripada yang lain. Apabila anda bersenam untuk
kali pertama atau cuba bentuk baru aktiviti fizikal, gentian otot boleh
menjadi bengkak dan radang. kebengkakan dan keradangan ini menyebabkan
ketidakseimbangan air secara sementara. Bengkak yang merangsang ini
sakit akan mula dirasai selepas 12 hingga 48 jam anda bersenam.
Kesakitan dan bengkakakan hilang apabila anda melakukan senaman yang
sama berulang-ulangkali. Kebengkakkan ini juga meyumbang kepada
peningkatan berat badan ataupun anda merasai seperti penurunan berat
badan terhenti.
2. Lemak Kurang Padat Berbanding Otot
Yang
mana satu lebih berat? : satu paun otot atau satu paun lemak? Ini
adalah soalan trik. Sudah tentu, satu paun dengan satu paun sama
beratkan! Tetapi lemak dan otot mempunyai ketumpatan yang berbeza, dan
oleh itu berbeza segi jumlah. Dalam erti kata lain, lemak mengambil
ruang yang lebih daripada jumlah yang sama dengan otot. Ini bermakna
otot mengambil ruang 18 peratus kurang daripada lemak.Itulah sebabnya
mengapa dua orang yang berat yang sama boleh kelihatan sangat berbeza,
bergantung kepada berapa banyak lemak dan otot masing-masing punyai. Ini
adalah juga sebabnya mengapa anda perlu menilai progres penurunan berat
anda melalui kehilangan inci, longgarnya pakaian anda dan perubahan
takuk lubang pada tali pinggang anda.
3. Penurunan berat Badan Itu Tidak Selalunya Dalam Garisan Lurus
Kebanyakan
proses badan kita tidak selalunya berada dalam garisan lurus.
Sebaliknya, badan kita akan melalui fasa cepat, lambat dan stagnant
(tetap). Sebagai contoh, kanak-kanak yang berumur11 tahun tidak semuanya
sama tinggi. Ada yang rendah, sederhana malah ada yang 3-4 inci lebih
tinggi daripada kawan-kawan yang sebaya dengannya. Penurunan berat badan
juga tidak terkecuali. Pepatah Inggeris “two steps forward, one step
back” diharapkan dapat membantu anda memahami makna yang ingin saya
sampaikan ini.
Tiada penurunan berat badan selepas beberapa
ketika merupakan satu proses semulajadi dalam proses penurunan berat
badan. Dalam kebanyakan kes ia akan kembali kepada keadaan asal semula
(ketika anda mengalami penurunan yang sekata) selagi anda tetap dalam
proses penurunan berat badan.
4. Menghampiri Berat idaman Anda
Semakin
anda menghampiri berat idaman anda, badan anda mula untuk
"mempertahankan" terhadap kehilangan berat badan selanjutnya. Jika anda
tingin kehilangan 20kg daripada berat badan anda, 10 kg yang pertama
akan kelihatan sangat mudah. Kg yang seterusnya biasanya akan mengambil
masa yang lama, dan memerlukan disiplin yang lebih.Yang penting adalah
untuk bersabar dan membolehkan diet anda memperlihatkan
No comments:
Post a Comment